Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! (seskema Ketua Darjah aku masa darjah 2)
Nama aku: "Si Pari Pari Boroi Yang Berterbangang"
(ejaan adalah berter-bangang tapi tolong sebut berterbangan ok? :P)...
Kenape nama aku si pari-pari boroi walaupun aku sebenarnya adalah Si Para-Para? Sebab dalam kamus memang takde perkataan Para-Para. Dan juga sebab aku lately selalu bayangkan yang aku konon-konon leh terbang tinggi...Tapi apa yang membataskan aku untuk terbang tinggi?Tentunya lemak-lemak kat perut boroi aku ni...Sebab lemak yang banyak memberi bebanan yang tinggi terhadap tubuh gebu ku ini...(gebu ke?geli sial guna statement ni..tapi terpaksa sebab ini adalah KENYATAAN...buweeeek!!!!)
Yer yer...aku mengaku aku memang seorang yang boroi...Tetapi seboroi-boroi aku, aku selalu berdoa agar keboroian ini mengandungi segazillion ilmu yang tersembunyi di setiap sudut lemak-lemak hitam ditubuhku ini.Maksudnya if aku diet, aku terpaksa melepaskan segala-gala ilmu yang terdapat di tubuhku.
Kenapa aku wat blog ni?Kenapa baru sekarang baru nak terhegeh-hegeh wat blog?Kenapa bukan beberapa tahun yang lalu?Apa yang meRANGSANG aku nak wat blog?Atas kesedaran apakah membuatkan hati gebu ini terdetik untuk membuat blog?Lantaran 1Malaysia kah aku membuat blog?
Sebabnya adalah:
1. Memang takde sebab.
2. Sebab sekarang ini adalah saat-saat genting aku berjuang ngan thesis aku..jadi menjadi perkara wajib untuk aku yang sengal ni wat menda-menda yang tak berfaedah tiap kali berada di saat-saat genting.(termasuklah main game chess lebeh non-stop lately ni.)
3. Aku konon-konon nak cerita and kongsi la segala cengkadak tentang penjelajahan aku dalam siri promosi aku selaku Duta Air Asia.(eja betoi-betoi...dalam ejaan Bahasa Melayu)
4. Sebab aku suka merepek.
5. Nak kongsi ilmu.(silap...nak kongsi makanan)
6. Nanti kalu ingat aku tambah lagi.
Serba sedikit tentang diriku lagi:
1. INI BUKAN PIC PUNGGONG GEBU...TAPI NI PIC KAKI AKU YANG ADE PARUT AKIBAT AKU MASUKKAN KAKI DALAM RODA BASIKAL YANG TENGAH BERPUTAR MASE KECIK.
KAGUM? SILA TAMBAH KEKAGUMAN KORANG TENTANG FAKTA BERIKUTNYA.
2. INI BUKAN PIC NAK TAYANG KUKU JAUH SEKALI NAK TAYANG KERUNCINGAN JARI JEMARI AKU TAPI PIC NI NAK CAKAP BAHWA DI TANGAN AKU ADA PARUT AKIBAT AKU MASUKKAN TANGAN KE DALAM SEBUAH MESIN MEMPROSES MAKANAN MASE KECIK JUGAK. HEBAT TAK?
3. RING-TO-NES AKU. SILA CLICK KALU BERANI.(SEBELUM TU SILA BUKAK VOLUME KUAT2.)
Ok le kan, first post aku dah maklumkan serba sedikit tentang diri aku.Tapi bagi member-member rapat of course dah tau menda-menda ini. So, pasni if terserempak ngan aku atau terserempak ngan kaki atau tangan aku atau terdengar ringtones ini, sila tanya..."ADAKAH ANDA SI PARI PARI BOROI TERSEBUT???".
Sebab kalau betul aku akan masukkan RM1000 dalam akaun ASB korang selama 10bulan!!!!! Betullll....Aku tak tipu.
Dan sesiapa yang teka dengan betul kena masukkan RM1000 dalam akaun ASB aku selama 10 tahun.
***TAK PECRCAYA???!!!OK ,TAKPE TAKPE...Sila highlight keseluruhan paragraph sekarang***
Hahahaha...budget konon, ceh!!! statement macam la beribu-beribu follower aku ade dalam ini....Hahahaha....
OK, gtg kalu tak nanti Prof aku bising....
A.K.U : SI PARI PARI BOROI YANG BERTERBANGANG
*Sila maafkan aku di atas layout aku yang serba kekurangan..akan diupgrade sedikit masa lagi. Harap maaf dan sila belanja aku makan atas kelemahan ini.Thanks.*




wah wah wah
ReplyDeletefirst of all, i wanna say welcome to blogspot si bangang.hahahaha
aku cuma nak cakap issue jari je.
kau pasti ke, main issue kau upload gambar jari tu hanyalah menunjukkan illustrasi parut. kerana, pada pendapat aku sebagai ahli ilmiah, main objektif gambaran diberi adalah lain.
muahahaha.sekian
wakakakak! aku terhibur.. teruskan teruskan!
ReplyDeleteThanks ayien and farah!!! :)
ReplyDeleteceh! apa objective lain?ko jgn suka2 permainkan perasaan aku ok? buweeek! hehehehe...org ko yg tgh terliur skrg?